07 Mac 2010

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kaw.Sg. Siput

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sg. Siput selamat melangsungkan mesyuarat agung tahunan buat kali yang ke 22 pada 7 mac 2010 bertempat di premis Markaz PAS Cawangan Kota Lama Kanan. Dalam ucapan perasmian oleh Dr. Raja Iskandar merangkap Exco Dewan Pemuda PAS pusat menekankan penglibatan tenaga pemuda perlu dipersiapkan pada setiap masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan pilihanraya mengejut khususnya di Perak.
Juga diperingatkan semua pimpinan yang ada sekarang ni adalah dihasilkan dari dewan pemuda.
Selaku wakil perhubungan PAS kawasan en.Ahmad Puat Abd Ghani merangkap Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Sg. Siput sekali lagi menegaskan hikmah disebalik rampasan kuasa diperak adalah bagi kita terutama sayap pemuda mendapat ruang masa memperkemaskan jentera pilihanraya.Dengan kebangkitan sokongan kaum Cina dan dengan kekalahan tipis pada pilihanraya ke 12 lepas tak mustahil untuk kita dapat menawan DUN Lintang.Bersiap sedialah untuk memikul tanggung-jawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan