26 Mac 2010

program majlis dialog para pimpinan masyarakat parlimen sg. siput

07 Mac 2010

ceramah umum

Kg. Loh Karai satu-satunya daerah mengundi yang tak pernah mengadakan ceramah umum sebelum ini.Pada malam 6 mac yang lalu sdra.cikgu Izam Ahmad pengerusi anak perantau Perak dan juga pegawai khas kepada DS Nizar Jamaluddin sdra Amran Harun dapat memecahkan tradisi mengadakan ceramah umum anjuran PAS Kawasan Sg. Siput yang dipengerusikan oleh sdra.Mohd Rosni Abu Bakar selaku Ketua Penerangan PAS Kawasan Sg. Siput.

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kaw.Sg. Siput

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sg. Siput selamat melangsungkan mesyuarat agung tahunan buat kali yang ke 22 pada 7 mac 2010 bertempat di premis Markaz PAS Cawangan Kota Lama Kanan. Dalam ucapan perasmian oleh Dr. Raja Iskandar merangkap Exco Dewan Pemuda PAS pusat menekankan penglibatan tenaga pemuda perlu dipersiapkan pada setiap masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan pilihanraya mengejut khususnya di Perak.
Juga diperingatkan semua pimpinan yang ada sekarang ni adalah dihasilkan dari dewan pemuda.
Selaku wakil perhubungan PAS kawasan en.Ahmad Puat Abd Ghani merangkap Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Sg. Siput sekali lagi menegaskan hikmah disebalik rampasan kuasa diperak adalah bagi kita terutama sayap pemuda mendapat ruang masa memperkemaskan jentera pilihanraya.Dengan kebangkitan sokongan kaum Cina dan dengan kekalahan tipis pada pilihanraya ke 12 lepas tak mustahil untuk kita dapat menawan DUN Lintang.Bersiap sedialah untuk memikul tanggung-jawab.

SG.SIPUT(u)

Satu majlis merayakan kemenangan tuntutan penduduk setinggan tanah KTM di Kg. Sg. Buloh Sg. Siput telah diadakan dihadapan pejabat ahli Parlimen Sg. Siput Dr. Jayekumar baru-baru ni.Diatas kerja kuat beliau bersama pakatan rakyat selama 7 tahun berjuang membela penduduk tersebut yang diberi notis untuk keluar dari tanah yang telah didiami beberapa generasi yang lepas.Diera pakatan rakyat memerintah perak telah memproses permasaalahan ini lalu baru-baru ni diluluskan penempatan baru untuk penduduk tersebut di lot-lot tanah kg. Muhibbah. Dalam ucapan beliau pada malam itu ditegaskan kita tak semistinya memerintah baru dapat membantu masyarakat.Kuasa rakyat amat berkesan.Selama 6 penggal Samy Vellu meneraju parlimen Sg. Siput nasib 59 buah keluarga ini tidak mendapat pembelaan sebenarnya majoritinya terdiri dari kaum India.