21 September 2010

25 Jun 2010

Israel

Hampir 10,000 tetamu semasa muktamar tempohari dapat memijak bendera Amerika / Israel.yg  terletak dipintu hadapan PUTIK

Pekan Karai

Ekpedisi misi dakwah di pekan Karai pada 19 jun yg lepas bersama YB. DS Ir. Hj. Nizar Jamaluddin dan YB Drs. Idham Lim mendapat sambutan menggalakkan dari pendduduk sekitar pekan Karai yang majoritinya non muslim.Program ini dianjurkan oleh PAS kawasan Sg. Siput bagi meraikan ahli-ahli DHPP cawangan pekan Karai.

12 April 2010

Program ziarah

Ketua dewan pemuda PAS Kawasan Sg. Siput menziarahi veteran PAS diKg. Kledang,ota Lama Kanan. Abu Hassan Mat Jihin (Pak Itam Nun) salah seorang pengasas PAS Sg Siput kini sedang uzur serangan stroke.

26 Mac 2010

program majlis dialog para pimpinan masyarakat parlimen sg. siput

07 Mac 2010

ceramah umum

Kg. Loh Karai satu-satunya daerah mengundi yang tak pernah mengadakan ceramah umum sebelum ini.Pada malam 6 mac yang lalu sdra.cikgu Izam Ahmad pengerusi anak perantau Perak dan juga pegawai khas kepada DS Nizar Jamaluddin sdra Amran Harun dapat memecahkan tradisi mengadakan ceramah umum anjuran PAS Kawasan Sg. Siput yang dipengerusikan oleh sdra.Mohd Rosni Abu Bakar selaku Ketua Penerangan PAS Kawasan Sg. Siput.

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kaw.Sg. Siput

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sg. Siput selamat melangsungkan mesyuarat agung tahunan buat kali yang ke 22 pada 7 mac 2010 bertempat di premis Markaz PAS Cawangan Kota Lama Kanan. Dalam ucapan perasmian oleh Dr. Raja Iskandar merangkap Exco Dewan Pemuda PAS pusat menekankan penglibatan tenaga pemuda perlu dipersiapkan pada setiap masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan pilihanraya mengejut khususnya di Perak.
Juga diperingatkan semua pimpinan yang ada sekarang ni adalah dihasilkan dari dewan pemuda.
Selaku wakil perhubungan PAS kawasan en.Ahmad Puat Abd Ghani merangkap Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Sg. Siput sekali lagi menegaskan hikmah disebalik rampasan kuasa diperak adalah bagi kita terutama sayap pemuda mendapat ruang masa memperkemaskan jentera pilihanraya.Dengan kebangkitan sokongan kaum Cina dan dengan kekalahan tipis pada pilihanraya ke 12 lepas tak mustahil untuk kita dapat menawan DUN Lintang.Bersiap sedialah untuk memikul tanggung-jawab.

SG.SIPUT(u)

Satu majlis merayakan kemenangan tuntutan penduduk setinggan tanah KTM di Kg. Sg. Buloh Sg. Siput telah diadakan dihadapan pejabat ahli Parlimen Sg. Siput Dr. Jayekumar baru-baru ni.Diatas kerja kuat beliau bersama pakatan rakyat selama 7 tahun berjuang membela penduduk tersebut yang diberi notis untuk keluar dari tanah yang telah didiami beberapa generasi yang lepas.Diera pakatan rakyat memerintah perak telah memproses permasaalahan ini lalu baru-baru ni diluluskan penempatan baru untuk penduduk tersebut di lot-lot tanah kg. Muhibbah. Dalam ucapan beliau pada malam itu ditegaskan kita tak semistinya memerintah baru dapat membantu masyarakat.Kuasa rakyat amat berkesan.Selama 6 penggal Samy Vellu meneraju parlimen Sg. Siput nasib 59 buah keluarga ini tidak mendapat pembelaan sebenarnya majoritinya terdiri dari kaum India.

24 Februari 2010

Gempur FELDA Lasah

Timbalan YDP PAS Kawasan Sg. Siput menyantuni penduduk warga emas FELDA Lasah dalam sessi program gempur sempena ceramah umum sdra Mazlan Aliman baru-baru ini.

Gempur FELDA Lasah

23 feb 2010. FELDA Lasah
Sempena program ceramah umum oleh AJK PAS pusat sdra. Mazlan Aliman di FELDA Lasah, Jab. Pilihanraya PAS kawasan Sg. Siput dengan kerjasama Ketua Penerangan kawasan serta muslimat-muslimat telah mengempur kesetiap rumah penduduk dengan mengedar risalah-risalah mengenai isu semasa.Turut serta dalam program ini adalah YDP PAS Kawasan Ustaz Zulkifli Ahmad.Sebelah malamnya setiausaha perhubungan PAS Negeri Perak Ustaz Misbahul Munir turut berceramah bersama sdra Mazlan Aliman.

Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan

Iktibar daripada mahkamah mengesahkan perampasan hak kepada 56 % pengundi PR memberi peluang kepada semua jentera pilihanraya akar umbi menyiapkan gerakerja yang mantap bagi menghadapi PRU akan datang.PRU 13 tak lama lagi jangan berlengah, ayuh kita gerak dari sekarang...DUN Lintang akan kita tawan...
- Pengarah Jab. Pilihanraya Kawasan Sg. Siput.

Jab. Pilihanraya PAS Kawasan

16 Januari 2010

Al-Fatihah

Kota Lama Kanan ( Kematian )

Seorang pimpinan PAS cawangan Kota Lama Kanan. Abd Wahid bin Abd Wahab  lebih dikenali sebagai Walid dikalangan masyarakat setempat telah kembali kerahmatullah pada jam 5.50 pagi 15 Dec pada usia 59 tahun yang mengidap penyakit barah usus ( Advanced Colours Corcinoma ) diHospital Besar Taiping. 

Allahyarham merupakan Ketua Kampong Pakatan Rakyat Kg. Batang Kulim, Kota Lama Kanan. Juga merupakan bendahari PAS cawangan Kota Lama Kanan dan pernah menjawat jawatan setiausaha PAS cawangan sessi 2007-2009. 

Your browser may not support display of this image. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga puteri dan seorang putera yang kesemuanya masih lagi menuntut. 

Jenazah allahyarham selamat dikebumikan pada jam 11.00 pagi. Solat jenazah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Sg. Siput Ustaz Isran Fahmi bin Ismail.Bagi pihak keluarga allahyarham mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu menguruskan jenazah allahyarham terutama PAS cawangan Kota Lama Kanan yang telah menguruskan allahyarham mulai dari hospital sehinggalah selamat disemadikan. Al-Fathihah

Pimpinan Pas Kaw.

Timbalan yang Dipertua Pas kawasan sg siput