28 Oktober 2009

SIARAN LANGSUNG PERSIDANGAN DUN

Layari sekarang ...

http://anilnetto.com/

http://idhamlim.blogspot.com/

26 Oktober 2009

Konvensyen PR Perak

Lahirnya Blog Rasmi PAS Kawasan Sg. Siput (U)

AlhamdulilLah... akhirnya lahir juga blog ini. ( Jenuh juga teman nak buat menjak PJ datang ke Sg. Siput ari tu.. beliau berharap sangat agar diwujudkan blog PAS Kawasan. )

Kelahiran ini adalah sebagai pengganti kepada laman web rasmi PAS Kawasan yang beralamat www.geocities.com/passgsiput_perak yang telahpun tamat tempoh pada bulan ini setelah berada di alam maya selama 7 tahun semenjak 2002.

Dengan adanya blog ini, ianya akan menjadi saluran maklumat dan penerangan bagi PAS Kawasan Sg. Siput. Bahan-bahan tersebut amatlah diharapkan daripada Jawatankuasa PAS Kawasan, Dewan-dewan, Lajnah-lajnah dan cawangan-cawangan.

Semoga dengan kelahiran blog ini juga, diharapkan dapat menjadi pemangkin gerakerja PAS Kawasan, Dewan-dewan dan cawangan-cawangan dalam mendepani cabaran semasa di dalam jamaah, pergolakan politik negeri dan negara amnya.

Sekian, sirru ala barakatilLah..

info : Lajnah ICT PAS Kawasan Sg. Siput