AlhamdulilLah... akhirnya lahir juga blog ini.
( Jenuh juga teman nak buat menjak PJ datang ke Sg. Siput ari tu.. beliau berharap sangat agar diwujudkan blog PAS Kawasan. )Kelahiran ini adalah sebagai pengganti kepada laman web rasmi PAS Kawasan yang beralamat
www.geocities.com/passgsiput_perak yang telahpun tamat tempoh pada bulan ini setelah berada di alam maya selama 7 tahun semenjak 2002.
Dengan adanya blog ini, ianya akan menjadi saluran maklumat dan penerangan bagi PAS Kawasan Sg. Siput. Bahan-bahan tersebut amatlah diharapkan daripada Jawatankuasa PAS Kawasan, Dewan-dewan, Lajnah-lajnah dan cawangan-cawangan.
Semoga dengan kelahiran blog ini juga, diharapkan dapat menjadi pemangkin gerakerja PAS Kawasan, Dewan-dewan dan cawangan-cawangan dalam mendepani cabaran semasa di dalam jamaah, pergolakan politik negeri dan negara amnya.
Sekian, sirru ala barakatilLah..
info : Lajnah ICT PAS Kawasan Sg. Siput